Video here: https://fb.watch/g716tYziAT/
Perbahasan Rang Undang-undang Pindaan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai pada 3 Oktober 2022.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan RUU Pindaan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Seperti dalam mukadimah akta tersebut bertujuan untuk mewujudkan dan melaksanakan sistem tarif galakan bagi meningkatkan penjana tenaga dari sumber tenaga boleh baharu.
Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyebut dan saya rasa kita jelas dengan tujuan pindaan ini. Akan tetapi apa yang saya ingin sebut - tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa berdasarkan semangat MA63 tetapi saya juga ingin membangkitkan Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 yang baru-baru ini telah dilancarkan dokumen 73 muka surat ini menyatakan antara lain penubuhan Majlis Tenaga Negara (MTN) dan cadangan MTN ini tiada disebut keanggotaan dari negeri-negeri.
Apabila kita ada majlis-majlis seperti Majlis Air Negara, Majlis Perancang Fizikal Negara dan Majlis Tanah Negara ada disebut perwakilan negeri-negeri supaya negeri-negeri boleh memberikan pandangan mereka, semangat persekutuan.
Akan tetapi dalam Dasar Tenaga Negara yang baru-baru ini dilancarkan, tidak disebut pun dan saya hairan kenapa tiada satu harmonization daripada segi itu kerana dalam Dasar Tenaga Negara adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri dan TBB di bawah pula KeTSA. Itulah satu perkara pokok yang saya nampak kelemahan Dasar Tenaga Negara yang baru-baru ini dilancarkan.
Sebagai wakil dari Bukit Bendera, Pulau Pinang saya ingin sebut perkara itu kerana semangat persekutuan tidak diberikan perhatian dan saya ingin juga seperti rakan-rakan saya tadi menyatakan bahawa apabila kerajaan melancarkan tatkala Eropah dan bahagian dunia lain menghadapi energy crisis, adalah penting juga kita membuat perancangan jangka panjang untuk memastikan tiga perkara.
Sekuriti tenaga, sekuriti iklim (climate security) dari segi kelestarian alam sekitar serta bekalan tenaga mampu bayar (affordable). Sektor tenaga menjadi sumber utama pendapatan fiskal bagi perbendaharaan negara. Petroleum dan gas 31 peratus kepada pendapatan fiskal negara.
Transformasi sektor tenaga sedang berlaku anjakan daripada sumber berasaskan fosil bagi pengeluaran dan penggunaan kepada sumber tenaga boleh baharu dan mampan. Saya nampak DTN merangkumi kesemua sumber tenaga boleh baharu sama ada hidro, solar, biotenaga dan sumber-sumber lain tenaga baharu dan juga tidak boleh diperbaharui seperti minyak, gas asli dan juga arang batu.
Mempunyai aspirasi yang besar dalam DTN ini, negara rendah karbon menjelang tahun 2040 tetapi antara lain salah satu dinyatakan tiada lagi stesen jana kuasa arang batu baharu dan meningkatkan sumber sumbangan TBB. Pelepasan gas rumah kaca sifar bersih pada tahun 2050.
Saya ingin membahaskan secara dasar terhadap TBB ini. Walaupun telah dinyatakan 12 strategi dan pelan tindakan dalam Dasar Tenaga Negara, antaranya seperti solar park, rooftop solar panel tetapi ia hanya one-line statement. Statement satu baris sahaja. Tiada detailed execution plan. Apa yang ada barangkali adalah Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) 2022-2035 oleh KeTSA tetapi strategi-strategi lain seperti merasionalisasikan subsidi tenaga ke arah harga berdasarkan pasaran.
One-line statement sahaja. Tidak ada hala tuju. Tidak dinyatakan satu action plan yang jelas kerana kita mempunyai subsidi elektrik melalui imbalance cost pass-through (ICPT) sejak 2015. Subsidi petrol sejak subsidi liquefied petroleum gas (LPG) sejak tahun 80- an.
Saya rasa tiada action plan yang jelas, roadmap yang jelas terhadap meningkatkan TBB dan juga dari segi Dasar Tenaga Negara. Saya rasa ini saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri khasnya apa yang telah saya bangkitkan tentang Majlis Tenaga Negara. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment